Jom Baca Entri Kat Bawah Ni

Wednesday, 2 May 2012

Aplikasi Facebook Chat Untuk Android & iPhone (Download)



salam sejahtera,, & salam1malaysia...

sekarang ni dah popular dengan gadget pintar seperti smartphone yang menggunakan platform sistem operasi yang berasaskan android, bada dan juga iPhone dimana salah satu drpdnya terdapat pada setiap smartphone kecuali iphone disebabkan iphone dikhaskan dengan iOS (osnya sendiri)..

ok skrg ni saya nak sharekan aplikasi untuk anda berchating facebook menggunakan smartphone anda..
kebiasaannya apabila anda jalankan browser or aplikasi facebook  pd smartphone anda ntuk layari facebook, fungsinya hanya komen, post wall, mesej & lain2 kecuali im/chatbox tidak seperti mana anda chat menggunakan laptop/komputer(os komputer)...

anda boleh gunakan applikasi Messengger untuk anda nikmati fungsi chat pd smartphone anda supaya boleh berkomunikasi secara terus dengan rakan anda melalui facebook chat..

Berikut aplikasinya:

Untuk Android: DOWNLOAD
Untuk iOS/iPhone: DOWNLOAD




Saturday, 7 April 2012

Photoshop CS6: Buat Animations menggunakan fungsi Timeline

salam sejahtera & salam 1 malaysia...

Seperti mana yang anda tahu photoshop telah dilahirkan dengan versi terkini iaitu 13.0 atau boleh digelar CS6 (Creative suite 6).. lihat entri sebelum ini mengenai kemunculan photoshop CS6 & DOWNLOAD: http://www.bualkomputer.com/2012/03/kemunculan-adobe-photoshop-cs6-beta.html

fungsi photoshop kini lebih mudah serta telah dinaik tarafkan sehingga mencecah tahap kepuasan bagi pengguna.. namun ada segelintir masih tidak tahu lagi fungsi baru yang paling popular yang ada dalam CS6 ini...

ok, untuk entri photoshop cs6 kali ini mengenai fungsi timeline..
timeline adalah satu fungsi dimana ianya adalah tempat pengurusan pergerakan setiap object & element supaya object dlm frame dapat bergerak dengan key frame yang ditanda pada setiap pergerakan..
object yang diuruskan adalah layer2 yang terkandung dalam ruangan layer disebelah bawah & kanan..

jadi kpd sesiapa yang biasa menggunakan adobe premiere pro & after effect semestinya sudah faham konsep timeline photoshop cs6 yang lebih kurang sama dengan fungsi timeline premiere pro dan after effect...

untuk memaparkan fungsi timeline, pertama sekali anda perlu create new project.. file>new..
kemudian tentukan size/pixel panjang & lebar gambar anda then OK..

anda boleh start conteng2 or add ape2 gambar letak pada layer pertama anda.. mcm sy, sy buat bualkomputer.com

kemudian pergi ke window> pilih timeline

so, skrg muncullah timeline & bermula disitu anda boleh start project animation anda.. anda just setkan keyframe (klik pd layer & klik icon jam & alih2 lah object/text anda supaya ianya bole bergerak..


ni contoh simple animation yg saya dah buat...
video

so sampai sini jer.. sori, saya tak pndai nk aja bab manage timeline/keyframe sbb tak tahu mcm mana nak  ajar.. korang kena lah try godek2 sendiri & lama2 boleh faham..

Kata Admin Khairil:  kalo suke klik like & share kat member.. :)

Saturday, 24 March 2012

Kemunculan Adobe Photoshop CS6 Beta (Download)

Salam sejathtera & salam 1 malaysia...

Berita baik kepada semua pengguna photoshop terutama yang menjadikan photoshop sebagai perisian pengeditan kegemaran..

Adobe kini mula melancarkan photoshop CS6 dan ianya versi terbaru berbanding CS5.5..

photoshop cs6 beta kini didatangi dengan ciri dan fungsi pengeditan yang baru serta korang boleh kendalinya dengan mudah berbanding dengan fungsi cs sebelumnya yang korang rasa masih lagi pening untuk menggunakannya.

Ciribaru dan fungsinya amat mengkagumkan para pengguna yang ingin menantikan kemunculan rasmi dan versi stabil adobe photoshop cs6 akan datang. setakat ini adobe hanya melancarkan versi beta dimana ianya adalah versi percubaan untuk mendapatkan maklum balas dari pengguna sama ada positif atau negatif. ini akan membantu adobe untuk memperbaiki PS CS6 beta kpd yang lebih baik dan mencapai ke tahap stabil dan dalam masa yang sama status BETA akan dihapuskan untuk CS6.

insyaallah, akan datang saya akan post tentang fungsi CS6 beta ini...
so, korang boleh la cuba sekarang & tengok preview video kat bawah ni..

DOWNLOAD Photoshop CS6 Beta.
VIDEO:

 Korang boleh usha lagi preview video photoshop cs6 yang disiarkan oleh adobe di laman rasmi youtube adobe:
http://www.youtube.com/playlist?list=PL8776E00BAFB19D73&feature=plcp

Saturday, 17 March 2012

Senarai Web Template Untuk Bloggers


salamsejahtera dan salam satu malay..

saya nak share laman2 web template bloggers supaya mudah korang pilih yang mana best untuk dipilih mungkin juga koleksinya yang menarik...
Korang boleh pilih & search je kat laman web berikut untuk mencari theme blog kegemaran korang atau disitu diberi pilihan mengikut keyword & kategori template...

berikut nilah dia hasil carian laman2 template yang saya perolehi melalui google...
ada lagi banyak sebenarnya tapi yang ni jela yang saya dpt kongsikan kpd korang semua... kalau x puas lagi pandai2 la tanya pakcik saya (encik google)..

btemplates.com


deluxetemplates.net


bloggerstyles.com


bloggertemplatesblog.com


splashytemplates.com


allblogtools.com


http://ucallweconn.net/en/extras/wp_themes/


premiumbloggertemplates.com


http://www.raytemplates.com/


http://bloggertemplates.info/


http://blogtemplate4u.com/


blogskins.com


http://www.bloggertemplates4you.com/


kalau suka share kat kengkawan!~.... :D


Saturday, 10 March 2012

Repair USB Drive Yang Corrupt & Masalah Kapasiti Asal



salamsejahtera & salam 1 malaysia...

Storan jenis USB kadang2 akan mengalami kegagalan dalam sesuatu perkara yang mengubahnya menjadi altenatif lain  seperti membuat usb booting, kegagalan semasa resize & format, menjadikan usb sebagai simpanan OS atau lain2...

hal ini selalu terjadi disebabkan kegagalan mengubah jenis system usb tersebut & kegagalan dlm resize atau tetapan lain sperti yg saya katakan diatas...

maslah yg akan terjadi seperti kapasiti storan USB anda kurang drpd yang asal walaupun ianya kosong & diformat.. atau masalah lain sewaktu dengannya...

tetapi kalau masalah kapasiti usb seperti ada file tapi isi usb tersebut kosong kemungkinan terkena virus.. kalau yg tu kene rujuk kat sini http://www.bualkomputer.com/2011/11/cara-unhidden-file-yang-disorok-virus.html

cara repair:

1. pergi ke start> run > taip "cmd"
2. taip "diskpart" & tekan enter..
3. taip "list disk"
4. akan muncul disk 0, disk 1 or lain2... pilih disk yg berkaitan dengan usb pendrive anda... jika disk 1 pilih taip "select disk 1" kemudian taip "clean" (biasa disk 0 adalah harddisk anda. anda boleh bezakan dengan kapasiti MB yg ditunjukkan) 
5. taip "create partition primary" kemudian taip "active"
6. taip "select partition 1"
7. taip "format fs=fat32" dan tunggu selesai.. apabila selesai, check pendrive anda...

selamat mencuba~~

kalau xphm rujuk beberapa video ini:
http://www.youtube.com/watch?v=DkHbka7_XPo&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=KQJm2eIKLvY&feature=related

Friday, 2 March 2012

Tutorial Buat Folder Berwarna



salamsejahtera dan salam 1 malaysia...

tutorial kali ini adalah berkaitan dengan folder...
dimana ada perisian yang boleh mempelbagaikan warna folder windows anda kepada warna yang anda suka dan boleh menetapkan dengan tetapan tone2 warna yang disediakan serta boleh disimpan dan dinamakan warna tersebut...~

dengan perubahan ini kdg2 boleh membantu anda untuk membezakan folder tambahan pula document dlm laptop/pc anda terlalu serabut sehinggakan tak dapat nak cari sesuatu folder sedangkan ada didepan mata... dengan cara warnakan folder ini anda dpt membezakan dan permudahkan anda tertumpu pd folder tersebut...

tutorial kali ini menggunakan perisian Folder Colourizer..
anda tidak perlu risau kerana perisian ini menyokong/serasi dengan windows xp, vista seven mahupun windows 8 beta...


cara2:

1. Download dan install folder colourizer: http://softorino.com/
2. pergi ke folder yg nk dicolourkan tu...

3. rightclick pada folder... pada colourize!, pilih colour yg anda suka~

4. kemudian ada muncul free activation~,,,.. masukkan email anda dan klik free activation...
5. sekarang!,,, refresh document tersebut...dan lihat hasilnya~

sekarang folder dah bertukar warna.. anda boleh ubah folder lain dengan pelbagai warna..


Thursday, 1 March 2012

Download Windows 8 Consumer Preview (Beta)

salam sejahtera & salam 1 malaysia...


dah lama juga saya tak update bk ni... kebetulan juga saya teringat tentang pelepasan windows 8 consumer preview pd tarikh 29.2.12 yg lalu... rujuk entri ni: http://www.bualkomputer.com/2012/02/windows-8-consumer-preview-beta-akan.html

ok.. untuk maklumat tentang Windows 8 consumer preview (beta) ini, saya akan post kemudian hari disebabkan saya belum test apa2 lagi & masa tidak mencukupi untuk saya melakukan semua ini atas urusan yang lebih penting.. ape pun saya kene juga utamakan BK ni...

seperti biasa Windows 8 (beta) ini menyediakan dalam engine 32bit & 64bit dimana 32bit boleh dijalankan pd computer yg mempunyai pemproses 32bit manakala pemproses 64bit boleh kedua duanya...

untuk persediaan saya sudah pun download file windows 8 dlm format .iso dan seterusnya mungkin saya akan installnya dalam virtual machine (virtual box) dimana ianya tidak perlu install terus kedalam partiton disebabkan partition saya terlalu padat & tak dapat nk menampung file2 dari windows 8...

Berikut keperluan secara minimum untuk install windows 8 consumer preview:
-1ghz processor or faster processor..
-1GB RAM (32Bit Win8) & 2GB RAM (64Bit Win8)
-16GB available harddisk space (32bit) or 20GB harddisk space for 64bit...
-DirectX 9 graphics device with WDDM 1.0 or higher driver
-1024x768 minimum screen resolution

ape pon kat bawah ni link windows 8 consumer preview (beta)..
- Windows 8 Consumer Preview - 32Bit
- Windows 8 Consumer Preview - 64Bit

Product Key: DNJXJ-7XBW8-2378T-X22TX-BKG7J


INTRODUCTION VIDEO..~




Friday, 24 February 2012

Windows 8 Consumer Preview (Beta) Akan Muncul tak lama lagi



Salam sejahtera & salam 1 malaysia...

Saban hari menunggu Kini pihak microsft sudah pun mengeluarkan produk percubaannya iaitu Windows 8... Dimana ianya adalah jenerasi terbaru dalam keluarga microsoft windows terutama lebih baru dari windows 7...

Sebelum ini microsoft ada juga mengeluarkan windows 8 developer preview dimana ianya versi pertama windows 8 secara percubaan & bermakna windows 8 consumer preview ini adalah terbaru windows 8 secara percubaan. tujuan untuk mendapatkan feedback dari pengguna & boleh diperbaik untuk versi stabil akan datang..

Windows 8 kini didatangi dengan konsep antaramuka yang baru iaitu fungsinya di bahagian metro ui  dan boleh juga akses desktop seperti biasa.. fungsi metro ui sedap di nikmati pada screen sentuh dengan pilihan2 yang disediakan dan tetapan mengikut susunan program dari anda sendiri...

ape pun tunggu sehingga windows 8 consumer preview (beta) ini dilancarkan pd 29/2/2012 dan insyaallah saya akan buat preview berkenaan windows 8 consumer preview ini...

kpd yang ketinggalan entri berkenaan windows 8 developer preview sila ke link berikut:
http://www.bualkomputer.com/2011/09/fungsi-terbaru-dalam-windows-8.html
http://www.bualkomputer.com/2011/09/download-windows-8-developer-preview.html
http://www.bualkomputer.com/2011/09/tinjau-windows-8-developer-preview.html


Sunday, 19 February 2012

Convert Audio Dengan Mudah menggunakan FreemakeAudioConverter

salamsejahtera & salam 1 malaysia...

anda pasti pernah mendengar perisian ini (freemakeaudioconverter).. mungkin juga ada yang tidak.. kebiasaan yang tahu perisian ini adalah yang pernah menggunakan free make video converter..
kedua dua software itu adalah dibawah terbitan yang sama.. logo pon lebih kurang...

kalau free make video converter dah sah2 untuk video...
freemake ini menjadi feveret saya sebagai video converter dengan antaramukanya yang mudah & mesra pengguna begitu juga free make audio converter...

mengapa saya kata ianya mudah...? semestinya antaramukanya yang membuatkan anda mudah menguruskannya dan susunan konsep format yang disediakan...
format yang tersedia untuk digunakan adalah sperti berikut: formats: MP3, WMA, WAV, FLAC, AAC, M4A, OGG. Convert WMA to MP3, WAV to MP3, MP3 to WAV, FLAC to MP3, AAC to MP3, etc... disertakan dgn fungsi tambahan lain seperti join audio, cut, & juga boleh menjadikan video sebagai audio...
 DOWNLOAD KAT SIINI

ini perkara biasa dlm semua perisian media converter... cuma korang jela yang kena pandai pilih mengikut kesesuaian dan keselesaan korang sendiri samada perisian itu baik untuk korang  atau tak..


Thursday, 16 February 2012

Buat Firefox Kelihatan Seperti Chrome


salam sejahtera dan salam 1 malaysia... :D

tutorial kali ini cara2 mengubah theme firefox dan mempernampakkan firefox seperti google chrome dengan plugin/theme yang saya nak share ni..
korang boleh search plugin2 ini pegi kat "add-on" & pilih kategori theme.

atau korang boleh terus dapatkan plugin FXChrome kat sini: https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/fxchrome/ (pastikan guna firefox untuk buka link ini.)
klik "add to firefox" kemudian restart firefox anda...

selamat mencuba....


Tuesday, 14 February 2012

Kami Memohon Maaf Atas Perbuatan Copypaste Yg Dilakukan Oleh Blog HuzaimyOfficial

screenshot blog huzaimyOfficial yg telah kami lock semalam (13.feb.2012)


assalamualaikum & salam1malaysia...

Dalam beberpa hari yang lepas saya & pihak Bualkomputer terima laporan yang mengatakan blog huzaimyOfficial telah mencuri entri blog2 lain.. Hampir kesemua entri yg dimiliki oleh HuzaimyOfficial adalah datangnya dari copypaste...

Kenapa isu copypaste Blog HuzaimiOfficial berkaitan dengan Bualkomputer?
sedangkan Bualkomputer tidak melakukan aktiviti tersebut...?
& kenapa saya berpihak dari Bualkomputer ingin memohon maaf?

Kerana Blog tersebut menggunakan subdomain dari kami bualkomputer.com (huzaimy.bualkomputer.com) kami semamgnya kena bertanggungjawab disebabkan beliau telah menggunakan subdomain kami...

Kami tidak sempat untuk memantau dengan lebih lagi isi kandungan dlm blog tersebut disebabkan subdomain huzaimy.bualkomputer.com baru sahaja di set & diaktifkan sebagai subdomain huzaimy.bualkomputer.com..

permintaan subdomain tersebut adalah atas permintaan blog huzaimyoffcial sendiri dan mungkin ianya juga salah saya tidak menyiasat terlebih dahulu berkenaan blog huzaimy sebelum disetup sbgai huzaimy.bualkomputer.com...

kami sekali lagi ingin memohon maaf atas kejadian copypaste terutama kpd JomPHP, eins.my dan blog2 lain yang berkaitan walaupun bkn saya/bualkomputer yg melakukannya & tak ada kaitan dgn kami cuma subdomain bualkomputer.com sahaja yg digunakan oleh huzaimyofficial.

kami sudah berhubung dgn HuzaimyOffcial untuk melakukan perubahan yang sepatutnya & semalam kami lock seketika blog HuzaimyOfficial dr subdomain kami... kami akn unlock semula jika semuanya selesai dan memberi peluang kpd huzaimy blogging semula dengan syarat yg ditetapkan oleh kami...

nasihat saya kpd huzaimy cuba lah buat yang terbaik untuk blog anda dengan membuat entri sendiri tanpa copypaste bulat2... jika cara itu yg buat blog anda lebih baik tolong hentikan... penat blogger lain buat entri untuk blog mereka anda pula senang lenang mencurinya...
Kami Bualkomputer pun tidak pernah lagi melakukan aktiviti copypaste entri org kecuali entri itu adalah fakta & wajib kmi meletakkan credit to:.. kalau anda semua nk tahu dlm bnyk2 entri bualkomputer 90% adalah entri kami sendiri & yg lain ada juga yg copypaste tp dgn cara yg batul & sbb yg betul...

sekian itu sahaja...


Friday, 10 February 2012

Tutorial Install Ubuntu Dalam USB



salamsejahtera dan salam 1 malaysia...

Ubuntu adalah sistem operasi popular yang biasa digunakan dengan pelbagai cara dan tujuan masing2 yang ingin mencubanya dan melihat sendiri fungsi dan kehebatan sistem pengendalian dari Ubuntu atau pun ingin menjadikan ubuntu sebagai sistem operasi utama pada komputer.

Dengan pembaharuan dalam setiap versi Ubuntu dapat mempelbagaikan fungsi dan dpt sokongan dari pembina apps untuk ubuntu/linux... tabahan pula sekarang Ubuntu mempunyai jumlah software/apps yang banyak di ubuntu store/ubuntu software center...

tutorial kali ini cara install ubuntu terus ke dalam USB anda x kesah la pendrive or harddrive asalkan storan yg sama spisis dan USB..

sebelum tu saya nk terangkan sikit:
ubuntu mempunyai fungsi TRY secara live CD tanpa install apa2 terus ke dalam harddisk dan tidak mengganggu sistem operasi asal anda... begitu juga apabila anda install ubuntu ke dalam USB ianya akan mengambil space dari usb anda sahaja dan tidak menggangu space harddisk komputer dan sistem asal...

tetapi beza antara try live cd dengan usb adalah live cd tidak akan save apa yang anda setkan seperti software, background & lain2 apa yg anda lakukan apabila menggunakan fungsi live cd pd ubuntu... manakala USB pula konsepnya sama seperti live cd tetapi ianya boleh save apa yang anda lakukan (install, wallpapaer, save file, & lain2)... dimana ianya disimpan? ianya disimpan di dalam usb itu juga.. saya sarankan anda menggunakan USB yang berkapasiti 4GB keatas dan lebih baik 8GB keatas atau lagi lebih lagi baik... kerana setiap yg anda lakukan akan disave & akan memuatkan kapasiti serta kurangkan space.. tamabahan pula anda install macam2 software dalam ubuntu usb anda tersebut...

Berikut tutorialnya:

1. Dapatkan Ubuntu di http://www.ubuntu.com/download/ubuntu/download
2. setelah download ubuntu,, download Universal USB installer: http://www.pendrivelinux.com/universal-usb-installer-easy-as-1-2-3/

3. jalankan program universal usb installer yg telah didownload tadi.. kemudian pada step 1: pilih Versi ubuntu... saya guna ubuntu 11.10 jadi saya pilih yg itu..

4. Pada step 2: Browse lokasi file .iso ubuntu yang anda download tadi.. klik browse > cari dan pilih file ubuntu yg anda download tadi...

5. step 3: pilih USB/Pendrive anda..

6. tarik sehingga kapasiti maksimum bagi pendrive anda.. tujuan dimaksimumkan adalah digalakkan untuk menggunakan keseluruhan kapasiti untuk Ubuntu...

7. Kemudian akhir sekali klik Create...
Tunggu hingga proses create usb ubuntu ini selesai.. masa yang diambil untuk proses ini lebih kurang dalam 10 ke 20min...
apabila semuanya dah selesai anda boleh mencubanya..
Restart komputer anda, tekan kekunci arahan (arahan mengikut jenis komputer. kdg2 tak sama. ada yg F12 or lain2) untuk memilih boot terus USB atau setting boot awal2 pada BIOS SETUP untuk boot USB...
apabila itu semua sudah selesai.. nnt akan muncul menu yg bertanyakan "try ubuntu" & lain2.. biarkan sahaja menu itu & jgn tekan apa2.. nnt Dengan secara automatik ianya akan terus ke Desktop Ubuntu anda dan anda sudah boleh gunakannya...

itu sahaja lah tutorialnya & selamat mencuba~..

akan datang saya akan buat tutorial Ubuntu... just tunggu je ekk...

antaramuka desktop ubuntu 11.10 saya... :D

Monday, 6 February 2012

Wifi Di Kedai Mamak (Cerita Lawak)



Man : dey mamak apa password WIFI kt sini?
Mamak : apa WIFI??
Man : ini kedai punya interner la..
Mamak : Ooo..itu mcm kalu, password dia tajupakale jugak
... ... ... Man : hah??
Mamak : "tajupakale..!"
Man : Apa tu..??
Mamak : Aiyoo..awk tnya passwordkan..tajupakale la..
Man : Password dia tajupakale..!
Mamak : ya..tajupakale
Man pun menaip T.A.J.U.P.A.K.A.L.E. (ternyata salah)
Man : dey, mamak apa password dia??
Mamak : tajupakale la...sudah tnya byk kali jugak..aiyoo!!
Man : kau bg salah la, tu yg aku tnya balik
Mamak : mana ada slah..tajupakale
Man : x boleh la dey!!
Mamak : boleh la...
Man : ko dtg sini tgk aku taip..(mamak tu pun dtg) kalo x boleh kepala ko aku taju!
Mamak : aiyoo abg jgn marah la..awk satu kali saya tengok (Man pun taip)
Man : ko tgk aku taip T.A.J.U.P.A.K.A.L.E... tgk,mana dapat!!
Mamak : dey, abg mari sini saya taip..awk kasi tekan salah butang jugak..
Man : eh, ye ke...kau tekan la
Mamak : ini mcm tekan la 7777
Man : "ini TUJUH EMPAT KALI..!!"
Mamak : betul la saya cakap tajupakale..
Man : %@$#@%#!!!!....


Sunday, 5 February 2012

Nuffnang Adalah Utama Kepada Kebanyakan Bloggers & Tip

salam1 malaysia semua..       http://nuffnang.com.my



kepada semua penggiat dalam aktiviti blogger anda semestinya tahu apa itu nuffnang dan fungsi widgetnya diletakkan pada halaman blog anda...
saya terangkan sekali lagi kepada yang tak pernah tahu apa itu nuffnang dan fungsinya kpd blogger2... nuffnang adalah komuniti pengiklanan dimana ianya adalah penyebar iklan2 yang dibayar oleh sesuatu syarikat yg ingin mempromosikan sesuatu produk...

Anda boleh meraih pendapatan dari nuffnang dengan mendaftar sebagai ahli di nuffnang
kemudian letakkan widget iklan pd halaman blog anda. setiap klik iklan tersebut anda akan dibayar oleh nuffnang. bermakna anda perolehi dengan setiap klik.. tapi tak boleh buat penipuan klik, nuffnang dpt kesan ip yang sama...

selain perolehi dari klik, anda juga boleh perolehi dari BE (Buffred earning) dimana itu adalah bonus bagi anda melalui traffic, status ahli & aktif dlm blogging... ingat kalau nk kekalkan BE kena ikut syarat yang ditetapkan oleh nuffnang seperti kedudukan iklan yang senang nk nampak mcm yg disarankan, status keahlian tak berubah dan kekal kpd Glitterti & turut juga dengan traffic blog anda.. traffic blog  yang mantap juga mempunyai harapan untuk perolehi BE...  kekalkan traffic/unik visitor blog anda.. kalau 100 unik visitor sehari kekalkannya dengan tidak kurang dr 100...
Biodata anda mestilah selalu diupdate,.. kalau boleh 1bln skali atau ikut kerajinan anda...

Kebanyakan Blogger sekarang memang memerlukan nuffnang supaya perolehi pendapatan sampingan dalam aktiviti berblogging.. bermakna berbaloi la hasil usaha selama ni taip entri/post & sharing2 sume tu... bukan bermaksud semata mata berblogging untuk jd kaya.. kalau boleh jgn ada sifat mcm tu.. bermakna anda tak ikhlas untuk berblogging.... tp kalau kaya dengan blogging teruskan dengan keikhlasan anda dlm dunia blogging...

Kepada blogger yang baru tu korang boleh try nuffnang kot2 boleh tambahkan pendapatan korang atau lebih dari itu siapa tahu kan.. sikit2 lama2 jadi bukit... JOM JOIN NUFFNANG http://www.nuffnang.com.my

assalamualaikum & salam1malaysia... selamat berblogging... http://www.nuffnang.com.my

bloggers

oHblog
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
WEBSITE ADMIN: KHAIRIL - FANPAGE ADMIN: KHAIRIL | AIMAN | HARYZ | NNYSA.